Diriku…

editdbp1.jpg 

SARIPAH HAJI BAKAR, merupakan nama baru dalam dunia penulisan tanah air. Penulis ini dilahirkan di Perlis dan dibesarkan di Felda Jengka Dua, Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Lulusan Diploma Pembangunan Manusia (1991) dan Sarjana Muda Pembangunan Manusia, UPM (1994). Pernah berkhidmat sebagai guru, pengurus syarikat hartanah dan kini penulis sepenuh masa di samping menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang pendidikan.
Novel Dalam Kehadiran Sofiah merupakan novel pertamanya yang merupakan catatan jibunsyi pengalaman jerih, payah, indah, dan luka melahirkan dan membesarkan seorang anak OKU. Saripah Haji Bakar sebelum ini lebih dikenali sebagai penulis skrip drama radio untuk RTM. Juga menulis puisi dan cerpen dengan tema wanita dan keluarga yang sememangnya akrab dengan jiwanya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata – Nadia Ammira Nadzli bt Mohamad Kholid (13 tahun) dan Aiman Hazziq Nadzli b. Mohamad Kholid (10 tahun)

Advertisements

Responses

  1. Salam,
    Tahniah kerana berjaya melahirkan sebuah novel. Saya akan mendapatkannya nanti.
    – Ku Seman

  2. terima kasih, cubaan yang pertama…


%d bloggers like this: