Desperate Housewife kalaulah sebuah novel mungkin dikatogerikan sebuah novel popular. Isunya semasa, plotnya ringkas tentang kehidupan sebuah kawasan perumahan di sebuah jalan dengan watak-wataknya yang empat orang surirumah di jalan itu. Mungkin sebab itulah kisahnya boleh jadi panjang – bersiri-siri. Saya pernah diberitahu sebuah penerbitan yang cenderung menerbitkan kisah cinta – mahukan novel dengan mukasurat 450 ke atas. Aduh, cukup banyak – dan mungkin dengan kisah cinta yang bertele-tele – ia dapat dilakukan. Tetapi saya mungkin tidak mampu melakukannya. Tiada kekuatan untuk menulis 450 mukasurat selain takut ayat-ayat akan jadi lewah atau berulang. Desperate Housewife dapat memanjangkan cerita kerana ramainya watak utama dan rencamnya plot. Mungkin selepas ini saya akan menulis novel dengan tajuk sebuah pekan mungkin… Tentu menarik!
Posted by: saripahbakar | April 28, 2009
Mencontohi Desperate Housewife
Advertisement
Posted in Uncategorized
InsyaAllah. Saya doakan.
By: zaim on May 1, 2009
at 4:57 am